Amaran pakar kesihatan untuk jangan tertipu dengan penurunan kes Covid-19…

By Saturday February 13th, 2021 No Comments

Amaran pakar kesihatan untuk jangan tertipu dengan penurunan kes Covid-19 ada betulnya.

Penurunan kes beberapa hari lalu berlaku kerana jumlah ujian saringan Covid-19 tiba-tiba turun dengan ketara.

Dari kapasiti maksima 76,000 yang dicapai beberapa hari lalu, ianya turun lebih 50% ke 32,536 kes pada hari sebelum kerajaan umum kes baru di bawah 3,000 untuk seketika dan boleh claim bahawa PKP 2.0 terbukti berkesan.

Kurangnya jumlah saringan sehari maka kuranglah jumlah kes baru Covid dikesan dan dilapor.

“13 Feb 2021: Jangan tertipu dengan penurunan kes Covid-19, kata kumpulan perubatan”
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/02/13/jangan-tertipu-dengan-penurunan-kes-covid-19-kata-kumpulan-perubatan/

Sebab itu kes aktif Covid, jumlah kematian harian dan jumlah kluster baru tidak pernah turun walaupun jumlah kes baru turun.

Malah, 31 kluster baru diumum dalam tempoh 2 hari lepas.

Selepas tempoh 1 bulan PKP 2.0 separuh masak yang sudahpun mula dilonggakan lagi, Malaysia semakin menjarakkan diri dari negara-negara lain dalam ASEAN untuk menjadi juara Covid ASEAN.

Dari segi jumlah pesakit Covid yang masih aktif berbanding saiz penduduk, keadaan Covid di Malaysia adalah lebih 5 kali ganda lebih kritikal berbanding Filipina dan 2 1/2 kali ganda lebih tinggi berbanding Indonesia.

Jadi, sasaran diumum kerajaan bahawa perlaksanaan PKP+Darurat mampu menurunkan jumlah kes Covid kepada dua angka menjelang bulan Mei supaya perlaksanaan PKP/PKPB+Darurat boleh dihentikan masih menjadi satu tanda tanya besar.

Sebab itu, kita tidak boleh leka dan perlu sentiasa berjaga-jaga serta mematuhi segala SOP sebab Covid masih menular dengan laju dalam komuniti.

Malah, KP KKM umum pagi ini bahawa kadar kebolehjangkitan Malaysia telah naik semula.

“13 Feb 2021: Nilai RO Covid-19 naik sedikit, kata KP Kesihatan”
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/300229



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157698553580952/

Leave a Reply