News_archive

Amanah Saham 1Malaysia: Tingkat Taraf Hidup Golongan Berpendapatan Rendah

By Thursday April 21st, 2011 No Comments

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) — Skim Amanah Saham 1Malaysia, yang memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah melabur dengan pelaburan rendah, dilihat dapat membantu meningkatkan taraf hidup golongan itu.

Skim itu, yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, juga dilihat sebagai komitmen teguh kerajaan dalam usaha menjayakan Program Transformasi Ekonomi (ETP) seterusnya menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi.

Perkara itu dinyatakan oleh Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Datuk N.Marimuthu yang menyifatkan bahawa skim itu adalah kunci terbaik bagi membantu mereka bersaing dan bertahan dalam cabaran ekonomi kini.

“Skim ini merupakan inisiatif terbaik kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah supaya kelak dapat bersaing dalam arus pembangunan negara kini,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Malah, katanya penawaran skim yang mempunyai risiko pelaburan pada tahap yang paling minimum itu juga dapat mendidik pelabur kecil ini mengenai kepentingan simpanan pada masa depan.

Skim dengan saiz 10 bilion unit itu akan dikendali oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan butiran mengenai skim kini sedang dipertimbangkan oleh Kementerian Kewangan.

Ia dibuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

Sumber : Bernama

Sumber : Bernama

Leave a Reply