Alhamdulillah, tengah hari tadi, sempat saya menunaikan majlis solat hajat…

By Friday March 14th, 2014 No Comments

Alhamdulillah, tengah hari tadi, sempat saya menunaikan majlis solat hajat bersama ribuan jemaah di KLIA, serta sebilangan besar rakyat Malaysia seluruh negara yang bersolat hajat di masjid-masjid dalam mencari #MH370.

Setelah itu, saya berjumpa jawatankuasa tertinggi untuk memutuskan langkah-langkah seterusnya.

Saya juga diberi taklimat oleh pihak MAS berhubung operasi mengesan pesawat MH370, usaha membantu kebajikan mereka yang terlibat dan sempat melawat warga kerja MAS di pusat operasi kecemasan. Seperti yang lain terlibat dalam operasi ini, mereka bekerja bertungkus-lumus.

Kita akan teruskan usaha bersama-sama negara negara yang mengambil bahagian dalam operasi ini.

Usaha gigih anggota MAS, DCA, pasukan keselamatan termasuk negara terbabit dalam usaha mencari ini saya sanjungi dan tidak akan lupakan.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10151937106435952/

Leave a Reply