Alhamdulillah, Semalam adalah hari Ulangtahun UMNO yang ke-68 dan sambutan…

By Monday May 12th, 2014 No Comments

Alhamdulillah, Semalam adalah hari Ulangtahun UMNO yang ke-68 dan sambutan tahun ini diraikan dalam majlis bacaan doa selamat dan surah Yassin di PWTC. Jauh sudah perjalanan UMNO sejak tarikh keramat 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor Bahru apabila Kongres Melayu Se-Malaya dan perhimpunan agung pertama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu mencatat sejarah yang begitu penting dalam perkembangan dan pembangunan negara kita. Saya menggesa pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli parti agar sentiasa sedia melakukan proses pembaharuan dan penambahbaikan di samping muhasabah diri demi memastikan UMNO kekal relevan. Kesetiaan kepada parti bakal memastikan parti terus kukuh, dan kesetiaan yang diadun dengan kemahiran mengikuti peredaran zaman dan keupayaan intelektual menjadi intipati utama untuk memastikan UMNO lebih unggul dan gagah pada masa hadapan.



Original post: https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.294787430951/10152042190330952/?type=3

Leave a Reply