Alhamdulillah, Persidangan Kemuncak ASEAN dan persidangan-persidangan…

By Sunday November 22nd, 2015 No Comments

Alhamdulillah, Persidangan Kemuncak ASEAN dan persidangan-persidangan kemuncak berkaitan telah berjalan dengan sempurna dan lancar, hasil kerja keras semua yang terlibat.

Saya ingin menyampaikan ucapan tahniah dan ribuan terima kasih kepada para sekretariat ASEAN 2015 yang berusaha menjayakan acara bersejarah ini, dan juga kakitangan kerajaan yang memberi pandangan dan bantu persiapan untuk saya dan perwakilan Malaysia.

Saya juga amat menghargai usaha dan sumbangan warga anggota keselamatan dan trafik dalam memastikan bandaraya Kuala Lumpur aman dan selamat sepanjang dua hari ini.

Terima kasih kepada semua.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10153162563715952/

Leave a Reply