Alhamdulillah. Menjunjung kasih kepada Raja Arab Saudi, Raja Salman Bin…

Alhamdulillah.

Menjunjung kasih kepada Raja Arab Saudi, Raja Salman Bin Abdul Aziz Al Saud yang menghadiahkan 500 kotak bakul makanan ke Masjid Ar-Rahah untuk diagihkan kepada mereka yang kurang berkemampuan.

Bakul makanan ini diagihkan kepada golongan asnaf di seluruh kawasan Lembah Pantai.

Terima kasih kepada TYT Atase Agama Kedutaan Arab Saudi, Syaikh Abdul Rahman Ibrahim Al-Robian yang menyampaikan bakul makanan ini.

Juga terima kasih kepada Pengerusi Pertubuhan Ilmuwan Malaysia, Dato Ahmad Tajuddin Idris; Ketua Pemuda UMNO Lembah Pantai, Dato Muqharabbin Mokhtarrudin, Ketua Imam Masjid Ar-Rahah Ustaz Haffiz.

Semoga setiap pahala dari sumbangan, kebajikan, niat serta kebaikan yang hadir di masjid ini akan dikirimkan tanpa henti kepada arwah bonda saya.

https://www.facebook.com/212561592105252/posts/4600290763332291/?d=n



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157876124120952/

Leave a Reply