Alhamdulillah, langkah-langkah pengurangan kos perbelanjaan kerajaan yang…

By Thursday January 2nd, 2014 No Comments

Alhamdulillah, langkah-langkah pengurangan kos perbelanjaan kerajaan yang saya umumkan Isnin lepas mendapat maklumbalas yang baik dari rakyat. Langkah-langkah yang diumumkan ini adalah permulaan kepada langkah-langkah lain yang bakal dilaksanakan berdasarkan keperluan dan keadaan semasa. Kita juga akan turut mengurangkan penggunaan kain pemidang bagi penganjuran majlis-majlis rasmi kerajaan; mengoptimum penggunaan ruang pejabat sedia ada untuk mengurangkan kos sewa premis; dan menggunakan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan mengoptimum penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan kemudahan-kemudahan institusi latihan milik kerajaan.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10151812585275952/

Leave a Reply