Alhamdulillah, baru-baru ini Malaysia telah menyampaikan bantuan kemanusiaan…

By Monday February 15th, 2016 No Comments

Alhamdulillah, baru-baru ini Malaysia telah menyampaikan bantuan kemanusiaan berupa kelengkapan musim sejuk kepada lebih kurang 1,000 pelarian Syria di kawasan pergunungan di kampung Shebaa, Lubnan.

Semoga bantuan ini dapat membantu mereka, terutamanya para wanita dan anak-anak kecil, mengharungi musim sejuk mancabar di sana.

Saya difahamkan juga bahawa kita adalah negara pertama yang berbuat demikian, dan Insya-Allah, kita akan terus berusaha untuk membantu saudara-saudari kita yang kini dalam kesusahan.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Ma’idah ayat 2,

“…Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa dan pencerobohan”.

Wallahua’lam.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10153313641035952/

Leave a Reply