News_archive

Ahli BN disaran kerja keras

By Wednesday April 22nd, 2009 No Comments

PUTRAJAYA 21 April – Semua ahli Barisan Nasional (BN) diminta melenyapkan persepsi kerajaan sedia ada hanya akan ‘bertahan empat tahun’ dengan bekerja lebih keras membantu kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak merencanakan pembangunan untuk rakyat dan negara.

Sambil menyifatkan persepsi itu disebarkan oleh pihak yang berfikiran dangkal, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob percaya BN di bawah teraju Perdana Menteri serta dibantu timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mampu mengukuhkan kembali keyakinan rakyat kepada parti itu.

”Itu pandangan yang tidak betul kerana kepercayaan rakyat kepada kita semakin bertambah baik.

”Apa yang disogokkan dengan ‘kepercayaan pudar rakyat’ kepada BN hanyalah mainan politik pembangkang,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Beliau ditanya mengenai persepsi yang disebarkan pihak tertentu berhubung kesukaran BN yang sebelum itu dikenali Perikatan untuk kekal berkuasa pada pilihan raya umum ke-13 pada 2013.

Sumber : Utusan

Leave a Reply