Adakah Tun Mahathir berhasrat jadi RBA paling tua dalam dunia? Tun Mahathir…

By Wednesday February 10th, 2021 No Comments

Adakah Tun Mahathir berhasrat jadi RBA paling tua dalam dunia?

Tun Mahathir tak berani sangkal apa yang saya jawab apabila dia kata dia tak pernah campur tangan dalam sistem perundangan dan kehakiman Malaysia.

Sebaliknya dia ulangkan cerita dongeng yang pernah disebar oleh DAP sejak berdekad tahun lalu bahawa saya pernah hunus keris dan ugut mahu dan mandikan keris dengan darah orang Cina yang berlaku pada Ops Lalang tahun 1987.

Tidak seperti kamu, saya tak rasis pada mana-mana kaum. Cuma ramai yang rasa kamu rasis terhadap orang Melayu sahaja.

Jika Mahathir tak ingat, cerita dongeng ini sudah dinafikan berkali-kali termasuk dalam sesi parlimen apabila mendiang Karpal Singh pernah tanya.dalam parlimen pada tahun 2009 jika ianya benar.

Lepas saya nafi, Karpal Singh berpuas hati dan kata “case closed”.

“15 Jun 2009: Najib denies making 1987 anti-Chinese remarks”
https://www.malaysiakini.com/news/106513

Ianya juga dinafikan sekali lagi pada tahun 2015:

“20 Sep 2015: PM: We’re no racists, no ‘bloody keris’ at rally”
https://www.malaysiakini.com/news/312951

Andainya fitnah yang diulang Mahathir itu benar maka saya juga akan ditangkap polis di bawah ISA bersama ratusan orang masa itu. Tapi saya tidak ditangkap.

Jika Mahathir (atau sesiapa) ada bukti kukuh saya pernah ugut kaum Cina begitu, sila kemukan.

Jika tidak, kamu menjawablah kat sana.

Sebaliknya, wujud berbuku-buku tebalnya bukti bahawa AllahyarhamTun Salleh Abas pernah dipecat sebagai Lord Presiden masa kamu Perdana Menteri susulan pemilihan UMNO pada tahun 1987 di dalam peristiwa yang kini dikenali sebagai Krisis Perlembagaan Malaysia 1988.

Atas sebab usia dan baki hormat amat kecil yang saya masih pada dia, saya tak saman.

Tapi kalau Guan Eng dan Kit Siang berani ulang tuduhan yang sama Mahathir ini, hari ini dia fitnah esok dia terima surat saman.

Lalu Mahathir kata saya perlu jawab tuduhan Tommy Thomas (yang dia sendiri kata dia kesal melantik sebagai Peguam Negara) bahawa saya terlibat dalam kes Altantuya, saya harap Mahathir faham bahawa ini kes saya yang saman Tommy bukan sebaliknya.

Posting fitnah Mahathir:
https://www.facebook.com/12411993651/posts/10158044570468652/?d=n

P.S. Buat kali pertama, media melaporkan bahawa pihak pendakwaan dalam kes lucut hak saya memberitahu mahkamah bahawa wang yang disebut RM2.6b itu telah dipulangkan kepada penghantar selepas 4 bulan diterima.

Mahathir berani nak sangkal? Jika kamu jujur, kamu akan mengaku bersalah setelah kamu ulang ratusan kali bahawa saya sudah ambil dana RM2.6b tersebut.

Tapi saya tahu kamu langsung tak jujur dan tidak akan sahkan perkara ini walaupun sudah disebut dalam mahkamah.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157692000985952/

Leave a Reply