Ada yang tanya tadi apa terjadi dengan kes rasuah RM1.5 bilion melibatkan…

By Saturday June 27th, 2020 No Comments

Ada yang tanya tadi apa terjadi dengan kes rasuah RM1.5 bilion melibatkan Shafie Apdal.

Jawapannya mudah!

Pada tahun 2018, Menteri Undang-undang PH jelaskan bahawa Peguam Negara Tommy Thomas, yang mengaku dirinya sebagai lantikan politik PH dan mengumumkan dia tidak mungkin derhaka pada PH, telah membuat keputusan untuk tidak mendakwa pemimpin PH Shafie Apdal atas alasan bukti tak cukup (tak cukup, bukan tak ada bukti) setelah SPRM menyerahkan kertas siasatan kepadanya.

Lalu dia mengklasifikasi kes Shafie sebagai ‘tiada tindakan lanjut’ (NFA) dan ‘kes untuk simpan’ (KUS).

Habis cerita!

“28 Ogos 2018: Mohd Shafie bersih kes salah guna RM1.5 bilion”
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/08/466899/mohd-shafie-bersih-kes-salah-guna-rm15-bilion

“May 18, 2020: Ex-AG Thomas confirms writing on Riza settlement, but says won’t betray PH trust”
https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2020/05/18/i-wouldnt-have-agreed-to-discharge-for-riza-says-former-ag/

Dia masuk kerja sebagai peguam negara bulan Jun 2018 dan pada bulan itu juga dia telah putuskan bukti tak cukup (bukan tak ada bukti).

Sepatutnya, seorang pendakwa raya perlu kembalikan kertas siasatan ke pihak siasatan (SPRM) untuk cari bukti yang dia rasa masih tak cukup – bukan terus putuskan kes tak boleh dakwa.

Pelik.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157161926645952/

Leave a Reply