Ada yang kata Speaker tak salah untuk menerima usul yang munasabah dibincang…

By Sunday May 10th, 2020 No Comments

Ada yang kata Speaker tak salah untuk menerima usul yang munasabah dibincang dalam parlimen seperti usul undi tidak percaya kepada PM8.

Tapi adakah usul-usul berikut munasabah? Dan jika munasabah, kenapa dulu dia tolak?

1. Usul membahas rusuhan kuil Seafield yang menyebabkan kematian ahli bomba Muhammad Adib untuk menentukan punca rusuhan menjadi lebih buruk pada malam kedua setelah beberapa Menteri dan ahli parlimen PH membuat sidang media di parlimen untuk tuduh pihak polis tak bertindak adil.

2. Usul untuk menyoal Guan Eng tentang projek terowong apabila kertas siasatan SPRM projek terowong terbongkar.

Untuk mengelak Guan Eng menjawab, Speaker turut menurunkan arahan bahawa laporan berita rasmi pun tak boleh dirujuk ketika berbahas dalam Dewan.

Ini ekoran laporan berita bahawa seorang ahli perniagaan akan didakwa di Mahkamah kerana menerima bayaran RM19 juta dari syarikat konsesi terowong untuk menutup siasatan SPRM.

“Seorang ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lalu.”
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/04/548339/terowong-pulau-pinang-ahli-perniagaan-didakwa-tipu-rm19-juta

3. Speaker dua kali tolak usul untuk merujuk Guan Eng kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana terbukti menipu dalam Dewan apabila laporan rasmi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mendapati tiada kutipan GST hilang dirompak seperti didakwa Guan Eng.

Speaker ini adil ke tidak?



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157022123490952/

Leave a Reply