Ada pihak yang mengeluarkan propaganda bahawa presiden UMNO gunakan kuasa…

By Sunday March 7th, 2021 No Comments

Ada pihak yang mengeluarkan propaganda bahawa presiden UMNO gunakan kuasa veto untuk membelakangi Majlis Kerja Tertinggi UMNO bagi keluarkan kenyataan bahawa UMNO tidak akan kerjasama dengan PN dalam PRU15.

Ini tidak tepat.

(UMNO bukan White House Amerika Syarikat. Saya pun pelik dari mana datangnya cerita “veto” ini)

Malah, UMNO konsisten dengan pendirian bahawa kerjasama dengan kerajaan PN ada had dan hanya sehingga PRU14 sejak dari permulaan kerajaan PN dibentuk setahun dahulu.

“7 May 2020: UMNO akan pertahan kerajaan PN hingga PRU-15”
https://suaramerdeka.com.my/umno-akan-pertahan-kerajaan-pn-hingga-pru-15/

Sebab itu, Presiden tidak pernah minta jawatan dalam kerajaan walaupun pernah ditawar.

Saya juga tidak mahu apa-apa jawatan sebab sibuk di mahkamah dengan kes-kes ketinggalan kerajaan PH.

Timbalan Presiden UMNO juga tolak jawatan penasihat TNB (jawatan Tun Mahathir dulu) yang ditawar.
“3 Mei 2020: Tok Mat tolak tawaran terajui TNB”
https://www.sinarharian.com.my/article/81732/BERITA/Politik/Tok-Mat-tolak-tawaran-terajui-TNB

Penasihat UMNO juga tolak jawatan pengerusi PETRONAS.

“14 Okt 2020: Ku Li dedah ditawar jawatan penasihat Petronas”
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/278358

Ketua PEMUDA UMNO juga tiada apa-apa jawatan kerajaan dan dikhabarkan juga telah tolak jawatan pengerusi Malaysia Airports Berhad.

Kesemua jawatan-jawatan yang ditawar adalah amat lumayan tetapi pemimpin tertinggi UMNO tegas dengan pendirian untuk menyokong kerajaan PN sehingga PRU15 sahaja.

UMNO tidak khianat pada siapa sebab tidak pernah berjanji bersama PN dalam PRU15.

Yang UMNO pernah tanda tangan pula ialah bekerjasama dalam Muafakat Nasional untuk PRU15.

UMNO steady walaupun ada pihak-pihak dalaman tertentu dalam parti yang mungkin semakin syiok dengan jawatan diberi dalam kerajaan PN yang cuba mengeruhkan keadaan dan mengelirukan ahli UMNO.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157746443270952/

Leave a Reply