Ada juga yang kecam saya pagi ini sebab saya suruh kerajaan PN untuk naikkan…

By Wednesday December 23rd, 2020 No Comments

Ada juga yang kecam saya pagi ini sebab saya suruh kerajaan PN untuk naikkan semula tempoh kuarantin wajib bagi pelawat asing dari 7 hingga 10 hari ke 14 hari seperti di saran WHO dan CDC Amerika ekoran mutasi Covid di United Kingdom yang merebak dengan kadar 70% lebih laju serta lebih senang menjangkit kanak-kanak.

Mereka suruh saya jangan kecoh dan jangan kritik kerajaan PN sebab pakar-pakar dalam kerajaan lebih tahu. Suruh saya diam.

Menaikkan semula tempoh kuarantin bagi pelawat asing bukan memberi impak besar bagi ekonomi Malaysia pun sebab pelawat asing yang tanggung kos kuarantin – bukan kerajaan.

Apa yang halang kerajaan laksanakan?

Saya cuma buat saranan tersebut sebab saya mahu kurangkan risiko virus mutasi ini merebak ke Malaysia dan mencetuskan gelombang ke-4 pada masa jumlah kes baru setiap hari sedang cecah 2,000 kes.

Ramai dah lupa bahawa saya antara orang pertama yang kecam kerajaan PH sebab tak larangkan pengujung dari China pada bulan Januari.

Saya juga orang yang suruh kerajaan tarik balik keputusan untuk membenarkan pelawat asing kuarantin di rumah dan bukan lagi di pusat kuarantin dikawal kerajaan pada bulan Julai lalu.

Yang follow FB saya tahu bahawa saya buat banyak posting masa itu (serta berbahas di Parlimen) untuk tarik balik keputusan kuarantin rumah itu kerana saya bimbang ianya akan cetuskan gelombang baru Covid pada ketika kita tidak ada penularan tempatan.

Malangnya, kebimbangan saya terbukti benar apabila kerajaan terlalu lambat untuk tarik balik keputusan tersebut.

Kluster Sivagangga yang berpunca dari seorang yang langgar kuarantin rumah setelah pulang dari India telah menyebabkan gelombang baru dan menyebabkan lebih 10,000 kes dan kematian berpuluh orang.

Akibatnya, gelombang baru Covid yang lebih besar tercetus.

Jadi, sebab apa nak kecam saya jika saya cuma mahu kerajaan mengurangkan risiko pada ekonomi dan keselamatan Rakyat Malaysia?



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157573369470952/

Leave a Reply