Ada juga yang kata cadangan pengeluaran RM10k KWSP ini tidak praktikal,…

By Wednesday November 11th, 2020 No Comments

Ada juga yang kata cadangan pengeluaran RM10k KWSP ini tidak praktikal, sukar atau mustahil untuk dilaksanakan.

Semalam, saya dah beritahu Dewan Rakyat bagaimana untuk melakukannya tanpa memberi impak kepada bajet/defisit kerajaan atau kepada KWSP.

Jika 4 juta pencarum (seperti jumlah yang pohon skim i-Lestari) mengeluarkan jumlah maximum RM10k dari akaun 1, ianya adalah RM40 bilion.

Hampir separuh pegangan aset KWSP sebanyak RM940 bilion atau sekitar RM470 bilion adalah dalam bentuk bon kerajaan dan bon swasta.

Bon adalah kelas aset kewangan yang mudah dicairkan sebab ada nilai dan ada pasarannya.

Saya cadang BNM terus membeli bon kerajaan bernilai RM40 bilion yang dipegang KWSP supaya ianya tidak memberi impak mengejut kepada pasaran bon tempatan supaya KWSP ada aliran tunai untuk membayar mereka yang mohon pengeluaran RM10k itu.

Ini adalah dibenarkan di bawah undang-undang negara dan termaktub dalam mandat BNM.

“7 Sept 2020: BNM beli bon dalam pasaran jika perlu”
https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2020/09/728801/bnm-beli-bon-dalam-pasaran-jika-perlu

(Lepas beli, BNM boleh jual semula RM40 bilion bon kerajaan ini kepada pasaran bon tempatan secara berperingkat jika BNM tak mahu pegang lama. Ini terpulang kepada BNM).

Dan untuk memulihkan simpanan KWSP setelah krisis Covid selesai dan ekonomi Malaysia memulih, kerajaan boleh:

1) Kerajaan memberi projek lebih lumayan kepada KWSP sebagaimana dilakukan oleh kerajaan BN dahulu masa saya PM sehingga dividen tahunan KWSP menjadi paling tinggi sejak 20 tahun lalu.

2) Menaikkan semula kadar caruman KWSP bagi majikan dan pekerja.

3) Mengkaji semula struktur bayaran dividen di mana mereka yang mempunyai baki simpanan lebih rendah akan dibayar kadar dividen lebih tinggi.

Okay. Langkah mana yang amat sukar atau mustahil untuk dijalankan?

a) Suruh BNM beli bon kerajaan dipegang KWSP?
b) Kerajaan beri projek lebih lumayan kepada KWSP?
c) Naikkan semula kadar caruman yang telah diturunkan sebelum ini?; atau
d) Mengkaji semula struktur dividen?
e) Kesemua di atas

Yang mana?



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157482882485952/

Leave a Reply