Ada juga komen-komen yang tuduh pemberian Netbook 1Malaysia oleh kerajaan BN…

By Tuesday January 26th, 2021 No Comments

Ada juga komen-komen yang tuduh pemberian Netbook 1Malaysia oleh kerajaan BN dahulu adalah projek untuk songlap/kroni atau dana juga adalah daripada tabung simpanan rakyat seperti inisiatif pemberian 150,000 komputer dengan harga RM150 juta oleh kerajaan PN.

Ini tidak betul. Dana untuk membeli dan mengagihkan berjuta-juta komputer kepada murid-murid sekolah adalah dari tabung SKMM di bawah Kementerian Kommunikasi yang disumbang semua telco.

Dana bukan dari KWSP atau PNB seperti skim 150,000 notebook sekarang seperti dalam posting saya tadi.

Pembelian dan pengagihan notebook dengan harga siling RM1,000 masa itu adalah melalui proses open tender.

Malah proses tender ianya lebih ketat sebab ianya melalui proses SEBUTHARGA dan bukan sekadar Request for Proposal. Ianya Request for Quotation (RFQ).

Ini bermakna spesifikasi minima netbook telah ditetapkan dan pembekal tidak boleh bermain dengan specs.

Selain notebook, pembekal juga perlu membekalkan lesen software bagi MS Office, pakej jalur lebar yang menarik serta perkhidmatan warranty satu tahun.

Ya, spesifikasi itu tidak hebat sangat untuk kamu main 3D games atau membuat video editing canggih tapi spesifikasi masa itu adalah cukup untuk segala keperluan pelajaran dan pengajian.

Ianya terbukti mampu digunakan selama bertahun-tahun sehingga ramai yang masih menggunakannya sehingga ke Universiti.

Bolehlah baca proses tender di sini: https://www.skmm.gov.my/skmmgovmy/media/General/pdf/Briefing_Netbook-Ph4A_-18July2012_Final.pdf

Akhirnya lebih 48 syarikat seluruh negara dipilih dalam RFQ tersebut mengikut zon. Bukan sekadar satu atau dua syarikat kroni.

Program pemberian notebook 1Malaysia kita ini adalah skim yang berjaya dan telah memanfaatkan berjuta-juta murid-murid dan guru sekolah.

Jadi, kenapa pula nak fitnah kerajaan BN dan saya dengan macam-macam tuduhan berasaskan air liur pula?



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157649493545952/

Leave a Reply