Ada Jkom yang tak puas hati dgn posting saya pagi tadi yang tanya kenapa…

By Saturday March 6th, 2021 No Comments

Ada Jkom yang tak puas hati dgn posting saya pagi tadi yang tanya kenapa ewallet RM100 kepada belia usia 18-20 tahun dan penuntut IPTA/IPTS belum dibayar lagi seperti dijanji kerajaan PN.

Saya tanya sebab biasanya bantuan seperti ini dibayar sebelum sekolah bermula pada masa mereka lebih memerlukan bantuan.

Tidak benar bahawa kerajaan BN dahulu tak pernah bantu. Kita beri bantuan buku sebanyak RM250 kepada 1.2 juta murid sekolah serta hampir 700,000 penuntut IPTA/IPTS melalui kad Siswa dengan bajet yang jauh lebih besar serta dibayar sebelum sekolah bermula.

Saya juga baca komen yang suruh saya sabar sebab kerajaan baru sahaja bayar i-Sinar dan akan bankrap jika membayar ewallet RM100 yang dijanji kerajaan.

Ini juga tidak betul sebab i-Sinar bukan wang kerajaan tetapi wang pencarum sendiri.

Lagipun, golongan belia dan penuntut IPTA/IPTS kurang mendapat manfaat dari i-Sinar sebab golongan ini belum mula bekerja dan menyimpan wang dalam KWSP.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157744266585952/

Leave a Reply