Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Ada hikmat juga dari pendedahan rakaman rakaman audio Latheefa Koya. Pagi... - Najib Razak

Ada hikmat juga dari pendedahan rakaman rakaman audio Latheefa Koya. Pagi…

By Thursday May 14th, 2020 No Comments

Ada hikmat juga dari pendedahan rakaman rakaman audio Latheefa Koya.

Pagi ini, pendakwa raya Gopal Sri Ram lantikan Tommy Thomas mengumumkan bahawa mereka bersetuju menggugurkan segala caj-caj jenayah terhadap anak tiri saya Riza Aziz dengan cara perjanjian penyelesaian.

Kes ini tidak pernah dibicara dalam mahkamah sejak Riza didakwa hampir setahun dahulu,

Langkah untuk menggugurkan dan menyelesaikan kes ini sebenarnya berlaku dalam zaman PH:

“31 Jan 2020: Outcome of Riza Aziz’s representation to AGC to be known on Feb 25”
https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/01/31/outcome-of-riza-aziz039s-representation-to-agc-to-be-known-on-feb-25

Semua sumber dana, transaksi, akaun bank, perniagaan, pelaburan, saksi dan pemulangan wang berlaku di luar negara. Riza pun tidak ada apa-apa jawatan di Malaysia dan jarang berada di negara ini juga masa itu.

Lagipun, DOJ Amerika Syarikat tidak pernah mendakwa Riza atas caj jenayah. Cuma saman sivil yang telahpun diselesaikan pada tahun lepas.

Apabila Latheefa Koya mendedahkan rakaman audio perbualan telefon saya dengan putera mahkota Abu Dhabi, terdedah juga bukti-bukti kita tidak bersalah.

“9 Jan 2020: Transkrip penuh panggilan Najib lepas DOJ fail saman 2016”
https://www.malaysiakini.com/news/506487

Ini apa yang disebut dalam rakaman:

1. Kerabat raja Sheikh Mansour yang merupakan antara orang terkaya dalam dunia dan pemilik kelab Manchester City dan juga pengerusi IPIC masa itu yang menawarkan untuk melabur dalam projek-projek filem anak tiri saya.

2. Riza (dan saya) tidak pernah tahu dana tersebut ada kaitan dengan 1MDB dan dana itu juga telah disahkan oleh bank-bank Amerika Syarikat.

3. Riza telah pun membayar balik sebahagian dari pelaburan tersebut dan ingin terus membayar balik.

4 Putera Mahkota Abu Dhabi tidak menafikan perkara ini.

Dan kenapa pula DOJ Amerika Syarikat mengenakan tindakan ke atas Riza Aziz dan kenapa Riza perlu membayar AS$60 juta (RM234 juta) kepada DOJ jika tidak bersalah?

Sebenarnya, DOJ tidak saman Riza tetapi telah saman syarikat filemnya Red Granite.

Red Granite bayar ‘penyelesaian’ RM230 juta, gaji terhad untuk anak tiri Najib
https://www.malaysiakini.com/news/414715

Riza tidak pernah didakwa kes jenayah oleh DOJ.

Apa yang berlaku ialah sebahagian wang dilabur oleh syarikat Aabar dan Sheikh Mansour dalam Red Granite didapati ada kaitan dengan wang 1MDB yang telah dibayar kepada Aabar.

Oleh kerana filem-filem terbitan mereka amat berjaya, maka syarikat itu memperolehi keuntungan.

(Ya, ada elemen lucah sebentar dalam satu dari filem-filem terbitan syarikat itu tapi keuntungan diperolehi adalah dari seluruh dunia dan bukan melalui projek-projek kerajaan Malaysia)

Di bawah undang-undang Amerika syarikat, keuntungan yang diperolehi dari sumber dana yang dikatakan haram adalah juga haram.

Sebab itu, syarikat Red Granite disuruh untuk membayar denda kepada DOJ.

Namun tiada dakwaan jenayah yang dikenakan ke atas syarikat Red Granite atau Riza.

Malah syarikat Red Granite tetap milik Riza dan hakmilik filem-filem terbitan mereka yang menjanakan pulangan royalti jangka masa panjang mereka tetap milik Red Granite dan tidak dilucut hak oleh DOJ.

Syarikat Red Granite pula memajak hakmilik filem-filem yang masih menerima pulangan tahunan jangka masa panjang kepada syarikat Brevet Capital di Amerika Syarikat untuk membiayai bayaran A$60 juta itu kepada DOJ.
https://www.malaysiakini.com/news/444549



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157034616810952/

Leave a Reply