Ada beberapa perkara yang merisaukan tentang Kluster Utama yang melibatkan…

By Sunday October 25th, 2020 No Comments

Ada beberapa perkara yang merisaukan tentang Kluster Utama yang melibatkan sebuat pusat beli belah yang amat besar.

Harap pihak berkuasa akan mengambil perhatian supaya risiko wujudnya kluster-kluster melibatkan shopping mall atau mana-mana tempat perniagaan boleh dikurangkan.

Setakat semalam, kluster ini adalah kluster aktif terbesar Selangor/KL dengan 214 orang disahkan positif Covid (bertambah 7 orang semalam) dan antara sebab utama PKPB terpaksa dilaksanakan untuk Lembah Klang.

1. Kes indeks kluster ialah seorang pekerja asing yang bertugas sebagai pengawal keselamatan. Dia mula menunjukkan gejala sakit, selesema dan demam pada 22 Sep sebelum disahkan positif 16 hari kemudian pada 8 Okt.

Adakah dia masih bertugas semasa dia bergejala dan kenapa perlu 16 hari untuk dia disahkan positif?

Dan jika dia dibenarkan bekerja semasa bergejala, adakah pihak berkuasa akan mengambil tindakan ke atas majikan?

2. Mall tersebut ditutup pada 12 Okt selepas tercetusnya kluster.

Namun ianya dibenarkan beroperasi semula pada 18 Okt setelah semua pekerja disaring sekali dalam dua hari pertama mall ditutup dan kerja sanitasi dijalankan oleh majikan mall.

Tetapi semalam (24 Okt) – iaitu 6 hari selepas mall dibuka semula dan 12 hari selepas mall mula ditutup untuk saringan, KKM melaporkan 5 kes “saringan pekerja” dan 2 kes saringan bergejala untuk kluster ini.

Hari sebelumnya (23 Okt), satu kes positif saringan komuniti dilaporkan.

Dua hari dahulu pula (22 Okt) iaitu 4 hari selepas mall dibuka, 7 kes positif “saringan pekerja” dilaporkan oleh KKM.

Adakah kes-kes positif saringan pekerja ini melibatkan pekerja dalam mall atau pekerja ditempat lain?

Jika mereka adalah pekerja mall, adakah mereka bekerja selepas mall dibuka semula?

Seperti dijelaskan KP Kesihatan, saringan Covid boleh memberi keputusan negatif sehingga 8 hari selepas jangkitan.

Sebab itu, adakah jalan lebih tepat ialah untuk tutup mall untuk tempoh 14 hari dan bukan untuk 7 hari sahaja?

Patutkah semua pekerja mall diarahkan kuarantin kendiri selama 14 hari walaupun saringan pertama menunjukkan keputusan negatif dan mall hanya dibenarkan beroperasi dengan pekerja baru setelah ditutup 7 hari?



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157444357615952/

Leave a Reply