Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
630 nyawa terkorban minggu lepas. Melonjak 56% berbanding minggu... - Najib Razak

630 nyawa terkorban minggu lepas. Melonjak 56% berbanding minggu…

By Saturday June 5th, 2021 No Comments

630 nyawa terkorban minggu lepas.

Melonjak 56% berbanding minggu sebelumnya.

Kadar kenaikan kematian antara paling tinggi dalam dunia.

Harap trend kenaikan sejak dua bulan lalu ini tidak akan berterusan.

Tapi saya risau sebab jumlah kes yang masih aktif semalam adalah 84,369 pesakit iaitu rekod tertinggi.

Pesakit serius dalam ICU pula seramai 883 orang. Rekod tertinggi.

Pesakit paling serius yang memerlukan bantuan alat pernafasan semalam turut pecah rekod tertinggi dengan 459 pesakit.

Penggunaan kapasiti ICU hospital juga telah cecah 100% sejak 25 Mei lalu.

Satu kegagalan paling besar kerajaan apabila ribuan nyawa Rakyat Malaysia terkorban secara sia-sia sebab tidak buat lockdown dengan ketat lebih awal lagi pada bulan Januari atau pada bulan Ramadan seperti disaran, didesak ramai.

Akhirnya buat juga lockdown. Tetapi sudah terlambat bagi ribuan keluarga mangsa.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157932750395952/

Leave a Reply