Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
6,000 kotak limau mandarin diagih di Pekan esok - Najib Razak
News_archive

6,000 kotak limau mandarin diagih di Pekan esok

By Thursday January 20th, 2011 No Comments

KUANTAN 20 Jan. – Sebanyak 6,000 kotak limau mandarin akan diagihkan kepada penduduk dalam Parlimen Pekan sempena sambutan Tahun Baru Cina di Dewan Majlis Daerah Pekan, Sabtu ini.

Agihan itu dijangka dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Ahli Parlimen Pekan.

Ketua Bahagian Persatuan Bekas Pasukan Keselamatan Negara (PBPKN) Pahang, Ting Kong Heng berkata, limau mandarin itu turut diagihkan kepada jabatan-jabatan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), rumah kebajikan dan sekolah dalam Parlimen tersebut.

”Orang ramai yang ingin mendapatkan sekotak limau percuma perlu mendapatkan kupon yang akan diedarkan oleh pihak urusetia pada Sabtu ini bermula pukul 9 pagi di dewan tersebut,” katanya pada sidang akhbar di sini malam tadi.

Turut hadir, Naib Ketua PBPKN, Datuk Wee Kah Hing.

Kong Heng memberitahu, program tersebut merupakan simbolik kejayaan persatuan PBPKN dalam menganjurkan pelbagai aktiviti dan perkhidmatan kepada ahli-ahli dan masyarakat.

”Selain itu pemberian limau tersebut dapat mengukuhkan lagi ikatan semangat 1Malaysia dan semua kaum bersama-sama meraikan Tahun Baru Cina serta perayaan lain di negara ini,” ujarnya.

Tambahnya, sumbangan limau tersebut merupakan tajaan daripada syarikat LYC Marketing yang membabitkan kos sebanyak RM70,000.

”Kami menjangkakan semua penduduk dalam Parlimen Pekan hadir untuk memeriahkan lagi program tersebut yang turut akan dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan pemimpin kerajaan negeri lain,” katanya.

Sumber : Utusan Malaysia

Leave a Reply