News_archive

5,000 penduduk sambut Najib

By Tuesday August 23rd, 2011 No Comments

HULU LANGAT: Sekitar 5,000 penduduk di sini hadir meraikan kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Majlis Berbuka Puasa di Dataran Usahawan dan Masjid Hishamuddin Alam Shah Batu, 14 di sini semalam.

Kunjungan kali kedua pemimpin tertinggi negara itu tahun ini memperlihatkan kesungguhan menyelami masalah penduduk selain memastikan mereka hidup aman dan selesa.

Ibu tunggal, Zaiton Mohd Yunus, 59 sangat senang kehadiran Najib yang diakui jarang-jarang disaksikan secara dekat melainkan menerusi kaca televisyen.

“Bila dia berkunjung ke sini memang sangat bagus. Inilah yang elok apatah lagi hadirnya di bulan Ramadan yang mulia dan mengambil kesempatan menyampaikan bantuan kepada golongan yang memerlukan,” katanya.

Sumber : MyMetro

Leave a Reply