Blog

3 Pengumuman Perdana Menteri bersempena dengan Hari Pekerja

By Friday May 1st, 2015 No Comments

PENGUMUMAN 1: Sukacitanya diumumkan, saya telah bersetuju menambah baik pelaksanaan kemudahan Cuti Tanpa Rekod kepada Kakitangan Kerajaan di sektor awam, bagi urusan kematian ahli keluarga terdekat selama tiga hari, yang merangkumi suami atau isteri, anak-anak serta ibu dan bapa kandung, diperluaskan kepada ibu dan bapa mentua, ibu dan bapa angkat yang sah di sisi undang-undang serta anak angkat yang sah di sisi undang-undang berkuat kuasa mulai 1 Julai 2015.

PENGUMUMAN 2: Program Saringan Kesihatan PERKESO

Sejak 2013, PERKESO telah melaksanakan program saringan kesihatan percuma bagi pekerja sektor swasta yang berumur 40 tahun dan ke atas.

Sukacitanya saya memutuskan,akan meneruskan program ini dan meminta PERKESO menyediakan perkhidmatan bergerak, di mana pemeriksaan saringan kesihatan akan diadakan di premis majikan.

PENGUMUMAN 3: Liputan Skim PERKESO

Pada masa ini, liputan skim keselamatan sosial Pertubuhan Keselamatan Sosial atau PERKESO dihadkan kepada pekerja yang bergaji RM3,000 dan ke bawah.

Sukacitanya saya mencadangkan supaya PERKESO memperluaskan liputan perlindungan keselamatan sosial ini kepada semua pekerja tempatan di sektor swasta tanpa mengira had gaji, dengan siling caruman pekerja yang diinsuranskan ditingkatkan daripada RM3,000 kepada RM4,000.

Cadangan ini dijangka akan memberi manfaat langsung dalam bentuk nilai faedah yang lebih tinggi perlindungan PERKESO kepada tambahan kira-kira 500 ribu orang pekerja, daripada 6 juta kepada 6.5 juta orang pekerja. Semua pekerja di sektor swasta akan layak menikmati faedah-faedah perlindungan PERKESO secara automatik.

IMG_0253

IMG_0254

IMG_0255

IMG_0256

Leave a Reply