Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
20,000 Dijangka Sambut Kepulangan Najib Ke Pahang - Najib Razak
News_archive

20,000 Dijangka Sambut Kepulangan Najib Ke Pahang

By Thursday April 16th, 2009 No Comments

KUANTAN, 15 April (Bernama) — Seramai 20,000 rakyat pelbagai kaum di Pahang dijangka menyambut kepulangan Datuk Seri Najib Tun Razak ke negeri itu pada Sabtu ini selepas dilantik menjadi Perdana Menteri 3 April lepas.

Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata kerajaan negeri akan mengadakan majlis sambutan pada 10 pagi di Padang Majlis Perbandaran Kuantan bertujuan menyatakan kesyukuran terhadap pelantikan anak kelahiran Kuala Lipis itu sebagai pemimpin negara.

“Sambutan ini bukan bertujuan untuk bermegah-megah dan akan dilakukan secara sederhana,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Adnan berkata Perdana Menteri kemudian akan diraikan pada satu lagi majlis sambutan di Pekan, kawasan Parlimen yang diwakili Najib.

Sumber : Bernama

Leave a Reply