Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
1Malaysia Realiti Sebenar Rakyat Negara Ini - Najib - Najib Razak
News_archive

1Malaysia Realiti Sebenar Rakyat Negara Ini – Najib

By Saturday May 23rd, 2009 No Comments

PEKAN, 23 Mei (Bernama) — Konsep 1Malaysia merupakan konsep yang berpaksikan bumi nyata dan realiti sebenar rakyat pelbagai kaum di negara ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata secara realitinya masyarakat berbilang keturunan dan agama di negara ini perlu bersatu bagi menjadikan Malaysia sebuah negara yang kukuh.

“Kalau kita dapat menyatukan masyarakat menjadi satu rakyat dengan satu impian, kita jadikan Malaysia sebuah negara lebih kuat, gagah perkasa dan berjaya,” katanya ketika merasmikan mesyuarat agung/perwakilan tahunan ke-15 Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PKKM) bahagian negeri Pahang di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Najib menegaskan konsep 1Malaysia tetap akan mempertahankan Perlembagaan Negara.

“Menerusi konsep 1Malaysia ini, tidak ada kumpulan besar atau kecil yang akan terpinggir dan tidak diberi perhatian oleh kerajaan, sama ada di kampung, bandar atau rumah panjang, semua dapat perhatian kerajaan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Najib mengingatkan golongan pesara supaya sentiasa menyuburkan minda melalui aktiviti pembacaan.

Beliau berkata aktiviti membaca bukan hanya dapat menguatkan minda dan fizikal pesara malah membolehkan golongan itu membabitkan diri dalam mencurah khidmat terhadap masyarakat dan negara.

“Apabila minda diisi dengan pengisian yang segar dan sesuai, badan akan turut menjadi sihat dan cergas,” katanya.

Sementara itu, Najib berkata segala tuntutan PKKM perlu dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) terlebih dahulu sebelum dibincangkan oleh Kabinet.

Terdahulu, Yang Dipertua PPKM Pahang Datuk Abdul Ghani Sulaiman ketika berucap pada majlis itu mengemukakan beberapa tuntutan berkaitan pesara.

Ini termasuk memohon kerajaan mempertimbangkan untuk memberikan pencen minimum berjumlah RM720 terhadap kakitangan awam yang berkhidmat kurang daripada 25 tahun, memberikan wang ehsan setiap kali kerajaan mengumumkan bonus kepada kakitangan awam, memberikan pencen terbitan kepada suami/isteri pesara yang dikahwininya selepas bersara dan melantik seorang Senator bagi menjaga hal ehwal golongan pesara.

Sumber : Bernama

Leave a Reply