16 Dec: Jumlah kes Malaysia melebihi China – “Covid masih terkawal, tiada…

By Thursday December 31st, 2020 No Comments

16 Dec: Jumlah kes Malaysia melebihi China – “Covid masih terkawal, tiada perutusan khas”.

24 Dec: Jumlah kes Malaysia cecah 100,000 orang – “Covid masih terkawal, tiada perutusan khas”.

26 Dec: Jumlah kes baru sehari sebanyak 2,335 pecah rekod – “Covid masih terkawal, tiada perutusan khas”.

Dan semalam, jumlah kes Covid cecah 110,000 orang. Kes aktif naik ke rekod 22,562 kes iaitu kenaikan 1,119 pesakit dalam satu hari sahaja.

“Covid masih terkawal, tiada perutusan khas”.

Sejak kita melebihi China 15 hari dahulu, jumlah kes Malaysia turut melepasi negara-negara Ireland, Bahrain, Kenya, Algeria, Libya dan Paraguay.

Hari ini, kita hampir pasti akan melebihi Bosnia.

Dua hari lagi, kita bakal “menang” Venezuela.

Jumlah kes aktif Covid Malaysia iaitu pesakit yang sedang dirawat dah naik hampir 12,000 orang dari 10,862 pada 8 Disember ke 22,562 semalam.

Jika trend bulan Disember berterusan dan ditambah dengan kelonggaran rentas negeri diberi pada 7 Disember serta ratusan ribu rakyat yang melancong pada akhir tahun ini, adakah jumlah kes aktif di Malaysia bakal cecah 40,000 pada akhir Januari 2021?

Adakah sistem kesihatan kita masih mampu bertahan masa itu memandangkan KKM kata kapasiti logistik kita sudah dilebihi dua hari dahulu dan pesakit positif Covid yang tidak bergejala disuruh berkurung diri dalam rumah sahaja?



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157589665835952/

Leave a Reply