1. Tak benar bahawa rayuan kes SRC saya adalah untuk ringankan hukuman….

By Saturday November 14th, 2020 No Comments

1. Tak benar bahawa rayuan kes SRC saya adalah untuk ringankan hukuman.

Rayuan kepada Mahkamah Rayuan dengan sekurang-kurangnya 3 hakim ialah untuk menolak keputusan mahkamah tinggi yang dibuat oleh seorang hakim sahaja yang telah dipindah dari mahkamah sivil untuk menggantikan hakim asal selepas kes SRC sudah berjalan.

Proses untuk mengurangkan hukuman dipanggil “mitigation” atau “mitigasi”. Proses untuk menolak keputusan dipanggil “appeal” atau “rayuan”.

2. Tak benar bahawa saya kurang menjawab atau tak berani dalam mahkamah.

Boleh tonton video berhubung komen pendakwaraya kes SRC berhubung jawapan saya dalam mahkamah:
https://www.facebook.com/najibrazak/videos/881148242393710/

3. Tak benar juga bahawa saya adalah jaguh di FaceBook. Jaguh FB sebenar adalah mereka yang mampu bertahan dengan makian memanjang seperti FB PM4/7/7i serta page-page FB penyokong tegar dia.

Contoh page FB yang tahan maki (SSTDM):
https://www.facebook.com/152404861497999/posts/4647052552033185/?d=n



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157489799040952/

Leave a Reply