1. PH bukan tuduh bahawa saya telah mencuri berbilion-bilion ringgit untuk…

By Wednesday August 5th, 2020 No Comments

1. PH bukan tuduh bahawa saya telah mencuri berbilion-bilion ringgit untuk saya beli handbag dan barang kemas? Kenapa balik-balik disebut jam tangan Rosmah juga? Pusing-pusing, disebut jam tangan Rosmah.

Kerana selepas 2 tahun perbicaraan, hanya sekali sahaja terbukti saya pernah gunakan untuk perbelanjaan peribadi. Hampir semua dana dipulangkan kepada penghantar, digunakan untuk CSR atau kegiatan politik.

2. Seperti dijelaskan dalam mahkamah, ada baki lebih RM 12 juta apabila akaun bank untuk kad kredit itu dibuka.

Baki itu adalah dari dana lebih RM640 juta dari akaun bank Kementerian Kewangan Arab Saudi dan putera Arab seperti disahkan oleh pengurus Ambank dan pengarah SPRM dalam Mahkamah.

Ianya bukan dari SRC kerana ada baki lebih RM12 juta sebelum sebarang dana dari SRC dikesan masuk ke dalam akaun bank saya.

“Pengurus Ambank R. Uma Devi mengesahkan kemasukan dana berjumlah RM642 juta daripada Putera Faisal Turki dan Kementerian Kewangan Arab Saudi, ke dalam akaun bank peribadi Datuk Seri Najib Razak.”
https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/04/29/najib-src-trial-some-of-rm1_9bil-credited-into-ex-pm-account-a-donation-from-saudi-arabia-court-told

“Penolong Kanan Pesuruhjaya (PKPj) Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan kemasukan dana berjumlah RM642 juta daripada Putera Faisal Turki dan Kementerian Kewangan Riyadh, ke dalam akaun bank peribadi Datuk Seri Najib Razak.”
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/08/598722/najib-terima-rm642-juta-dari-arab-saudi

Selain baki wang Saudi, terdapat juga deposit dana dari sumber bukan SRC sebanyak RM12.38 juta.
https://www.theedgemarkets.com/article/najibs-src-trial-rm1238-mil-deposited-overthecounter-ensure-cheques-did-not-bounce

Sebab itu, ianya tidak tepat untuk kata wang SRC digunakan untuk beli jam tangan bagi Rosmah.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157260640025952/

Leave a Reply