1. Laksanakan PKPD Bersasar untuk kluster Meru. 2. Larangkan rentas negeri…

By Wednesday October 7th, 2020 No Comments

1. Laksanakan PKPD Bersasar untuk kluster Meru.

2. Larangkan rentas negeri di semenanjung Malaysia bagi semua trafik bukan komersial selama 2 minggu. Nasihatkan Rakyat untuk tidak pulang ke kampung buat sementara waktu supaya tak berjangkit kepada orang tua.

3. Lanjutkan moratorium pinjaman bank secara pukal bagi seluruh Sabah selagi masih dalam PKPD.

4. Galakkan semua majikan swasta untuk benarkan staff kerja dari rumah. Arahkan semua staff kerajaan dan syarikat berkait kerajaan untuk kerja dari rumah jika tidak diperlulan berada di opis.

5. Benarkan premis-premis makanan untuk buka meja di kaki lima atau luar premis tanpa didenda sebab risiko penularan lebih rendah jika makan di luar (open air).

6. Jika tak mahu tutup sekolah, arahkan semua sekolah untuk beri kelonggaran dan tidak menghukum murid-murid sekolah yang tidak hadir sebab ibubapa bimbang penularan Covid. Sediakan pelajaran tiap-tiap hari dalam talian atau dihantar melalui WhatsApp kepada ibubapa jika cikgu boleh.

7. Dakwa Menteri Perladangan dalam mahkamah. (bukan kerana nak kecam PAS tapi sebab ramai amat tak puas hati perkara ini). Biar mahkamah putuskan dia salah ke tidak atau apa hukumannya sebab saya difahamkan KKM atau imigresen terlepas keluarkan arahan kuarantin mandatori pada dia. Jika kalah, masih boleh rayu. Hentikan modal propaganda PH sebab saya dah bosan tengok Kit Siang buat puluhan posting bagi isu yang sama.

8. Suruh Kit Siang kecam MB Selangor yang mohon maaf sebab langgar kuarantin.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157406364350952/

Leave a Reply